
Saturday, November 27, 2010
Friday, November 12, 2010
Thursday, November 11, 2010
WEDDING PHOTOGRAPHY WORKSHOP WITH THE PRO'S
sebenarnya gambar2 ni diambil pada 23/10/2010 yang lepas...masa tu join wedding photography workshop with the pro's...i mean chikozawa ahzadesign, tq bro chiko
& inilah gmbr2 yg terhasil

view more in galeria
REALISME IMAGINASI ANDA
selamat datang ke dunia penuh warna warni..FOTORIA
disini kami menyediakan perkhidmatan fotografi untuk sebarang bentuk majlis, antaranya perkahwinan, pertunangan, majlis2 rasmi dll…kami merealisasikan imaginasi anda dalam bentuk foto untuk diabadikan sepanjang usia anda agar anda dapat menunjukkan kenangan2 berkenaan kepada anak cucu cicit anda semua
Hubungi kami jika anda ingin MEREALISME IMAGINASI ANDA
Salam untuk semua,
FOTO RIA ~ realisme imaginasi anda, merupakan satu blog yg diwujudkan bagi pelayar2 blog untuk melihat gambar-gambar hasil kerja kami.Memandangkan kami mengambil upah secara sambilan untuk Majlis Perkahwinan dan Pertunangan, tujuan diwujudkan laman khas adalah untuk mereka yang sedang berkira2 untuk mengupah jurufoto untuk majlis mereka.
Untuk pertanyaan, tempahan..boleh lah hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Hermi : 019-9613449
Shaiful : 019-9913112
atau emailkan kepada : fotoria69@gmail.com
Pakej yang disediakan adalah bergantung kepada bajet dan kehendak bakal pelanggan.
Terima Kasih atas sokongan anda.
FOTO RIA ~ realisme imaginasi anda
Tempahan
- Tempahan boleh dibuat sekurang-kurangnya 3 minggu awal sebelum berlangsungnya majlis tersebut kerana bimbang berlakunya pertindihan tarikh.Tempahan boleh dibuat pada bila-bila masa sebelum berlangsungnya majlis klien. Sila hubungi jurufoto untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai tarikh yang dikehendaki.
Deposit
- Setiap tempahan mestilah disertakan dengan bayaran deposit. Deposit amat diperlukan untuk mengesahkan tempahan tugasan fotografi pada tarikh-tarikh yang tertentu. Untuk membuat tempahan, deposit diperlukan sebanyak 20% daripada harga akhir yang telah dipersetujui bersama, antara jurufoto dan klien, bayaran mestilah diserahkan pada hari persetujuan antara kedua-dua pihak. Seterusnya, 60% lagi mestilah dijelaskan semasa sebelum bermulanya majlis pada hari berlangsungnya majlis perkahwinan/pertunangan klien. Dan baki akhir 20% perlu dijelaskan oleh klien pada hari pertemuan antara jurufoto dengan klien untuk menyerahkan hasil gambar yang telah siap.
Tempoh Menyiapkan Album
- Tempoh untuk menyiapkan album adalah dalam jangkamasa sebulan selepas majlis selesai. Sekiranya ada sebarang kelewatan selepas dari jangkamasa tersebut,pihak kami akan memaklumkan kepada klien.
Harga Pakej
- Pakej yang disediakan adalah harga terbaik yang sederhana, tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah, yang mampu disediakan oleh jurufoto berdasarkan dengan keadaan semasa. Harga pakej ini adalah untuk penghasilan album sahaja, lain-lain kos seperti tol, petrol, perbatuan dan hotel untuk klien yang mengadakan majlis di luar Daerah Raub adalah tidak termasuk dalam pakej ini.
- Pakej yang disediakan ada 2 yang utama iaitu
Hakcipta
- Semua gambar-gambar yang dirakamkan oleh jurufoto FOTO RIA ~ realisme imaginasi anda akan menjadi 100% milik jurufoto FOTO RIA ~ realisme imaginasi anda dan jurufoto FOTO RIA ~ realisme imaginasi anda memiliki hak mutlak terhadap gambar-gambar yang dirakamkan itu untuk tujuan pemprosesan semula, periklanan, promosi, diletakkan di dalam galeri portfolio jurufoto FOTO RIA ~ realisme imaginasi anda di http://fotoria69.blogspot.com atau sebarang media milik jurufoto FOTO RIA ~ realisme imaginasi anda. Jurufoto FOTO RIA ~ realisme imaginasi anda akan memindahkan hakmilik dan hakcipta kepada klien didalam bentuk cakera padat digital untuk kegunaan dalaman klien sahaja.
Subscribe to:
Comments (Atom)











